Tuesday, February 22, 2011

Terung Bulat

Di sebuah kampung, tinggal seorang Nenek. Nenek tinggal sendirian. Walaupun Nenek mempunyai 9 orang anak tetapi kesemua anaknya tidak mahu menjaganya. Tingallah Nenek berseorangan di rumah usang...

Nenek mempunyai sebuah kebun. Disana, Nenek menanam pelbagai jenis sayuran ! Ada Kobis, Terung, Lobak,Cili dan macam-macam lagi.



Pada suatu hari, seperti kebiasaan, Nenek pun pergi ke kebunnya untuk melihat samaada sayur-sayurannya sudah boleh dijual. Nenek pun dengan teliti memeriksa satu persatu. Sampai sahaja dikolum terung, Nenek amat terperanjat sekali apabila melihat Terung yang mempunyai saiz yang lebih besar daripada Terung yang lain dan bentuknya bulat !

"Hmm..sayang kalau aku jual Terung ni..Mungkin Terung ni berguna sekiranya aku tiada duit nanti" Desis hati Nenek.




Tunggu apa lagi ? Nenek pun menolak Terung 'Bulat' dengan perlahan-lahan.

Sampai dirumah, Nenek pun menggaru kepala.

"Di mana ya aku nak letak Terung Bulat ini ?"

Sambil menggaru-garu kepala, tiba-tiba Nenek mendapat satu idea.

" Ahah ! " Kata Nenek sambil memetik jari. Nenek pun menolak Terung Bulat.

" Nasib baik aku tak letak apa-apa dibawah sinki ! " Kata Nenek. Nenek kemudiannya menepis-nepis sawang yang melekat. Nenek menolak Terung Bulat itu kebawah singki.

(BERSAMBUNG~)



2 comments:

  1. Amalin Sofea - Yang tu awak lukis ke? Awak tau cerita nie kat mana?

    ReplyDelete
  2. Nanti awak tengok masa akhir cerita. kita buat credits.

    ReplyDelete

Jangan segan-segan! Komenlah banyak-banyak! Mari komen ramai-ramai! Lagi ramai komen, lagi bagus!