Friday, January 28, 2011

Dah sampai!



Dah sampai, dah sampai! Buku ni dah sampai! tapi hari ni tak boleh baca lagi..sebab besok ayah nak balut dengan plastik.Wahid punya buku pun dah sampai, tapi tak boleh baca jugak..=(


Tebal buku tu! lagi tebal dari buku wahid.Buku wahid the bourne ultimatum dan the bourne supremacy.Tak sabar nak baca.Ala.kalau bangfiz tak lupa, mesti dah boleh baca hari ni...




-wassalam-

Thursday, January 27, 2011

What a long,long boring day...

What a long -long boring day...

Pagi, pergi sekolah agama..
Petang, pergi sekolah kebangsaan...
Sekarang, tunggu abang hafiz
Nanti, atas meja akan ada menimbun-nimbun buku kerja sekolah nak kena buat!

Kerja tampal-tampal lah..kerja karangan lah..buat ayatlah..( Huh! malam ni tak payah buat kerja maths sebab esok maths tak ada! minggu depan cuti seminggu, yay!!)

Eh? tadi kata boring?ish...hm, nanti boleh pergi shah alam cuti ni.


TODAY: tak sihat...x_x


-wassalam-

Apa ada pada nama anda?

Tengok bawah ni! ^_^




ALIAH
AAmanah
LLemah-lembut
IIkhlas
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

Tuesday, January 25, 2011

ORKESTRA...









Tahu tak orkestra tu apa? Mestilah tahu kan? Apalah..Oklah, macam ni cerita dia...


Sabtu dengan Ahad lepas, Aliah pergi orkestra dekat sekolah. (=( sebab penat nak bangun awal je..) Tapi best jugak...=P Nanti nak suruh ayah telefon PN Humairaa tanya Sabtu dengan Ahad depan kena datang orkestra tak, lagi satu nak tanya boleh pergi rombongan ke Sarawak tak.(huissh..Sarawak tu! hotel tu! )


Harap ayah bagi...=( ok, sampai sini jelah...tak tahu nak cakap apa lagi kan,..


-wassalam-

Sunday, January 23, 2011

Lamanya tak update blog..(Benda yang sama setiap kali..)

Lamanya tak update blog! Yelah, dah ada orkestra dekat sekolah.Uhuk-uhuk! Ish..dah pun main viola, akibatnya, sakit-sakit badan,terutamanya bahagian bawah-bawah perut.Nak batuk pun sakit (Dahlah sakit tekak! batuk-batuk! Oh no!) Nak gelak pun tak boleh! Terpaksa gelak jelah..


Nan....uhuk-uhuk! ow! (haih, nak cakap lepastu batuk! oklah, sambung esok jelah..hish!! sakit!!)


-sikitnya entri hari ni, padanlah lama tak update blog! =(


-wassalam

Friday, January 14, 2011

Salam Pagi!

Helo! Salam pagi, dah makan? Tadi baru je tengok twilight.Iyelah, cerita kegemaran kan..banyak mana pun ulang, takkan miss punya.Huh, nampaknya, ok jugaklah tahun 2011 ni kan? Sekolah pun...better.Better than 2010.Hah, hari ini  pulak, cuti.

Cakap pasal cuti, nak jalan-jalan dekat mana ye? Ataupun pergi Shah Alam? Lagi best.Dah sekolah dua minggu, mesti nak berehat, cuci mata pergi keluar,pergi Shah Alam jumpa Aidan...Aduhai, nak pergi mana ni? Kalau pergi Wangsa Walk ok tak? Umm..Time Square? Atau mana lagi? Ayoyo..

Semalam ayah ada kata nak pergi KLCC!! nak tengok wayang.Tapi cerita apa yang ayah nak tengok? Oklah, nak bukak tgv cinemas punya website dulu.Bye!

-wassalam-

Wednesday, January 12, 2011

My dearest teacher.....

 Inilah Ustazah Siti Fatimah Dris..Cikgu kelas sekolah agama.Cantik tak? >>cehh..Tak sabar sekolah agama besok.(Padahal masa darjah 1,2,3 selalu lembik..)Bila darjah empat,rasa macam suka je..Pulak dah..Takpelah..asalkan makin lama makin rasa suka.Setiap hari mesti tolong ustazah.Yelah kan? Pagi tadi pun tolong ustazah.Gunting itu ini.Lekat itu ini.


oklah, bye.
wassalam.-


P/S: Sikit nya...

Tuesday, January 11, 2011

Sebelum Sekolah....

Hai..sebelum pergi sekolah, buat jelah entri baru dulu...


Guess what? Shhh...shh....Dekat sekolah agama,Aliah dapat jadi Ketua Kebersihan kelas..dapat duduk depan ustazah pulak tu..best..kalau duduk depan ustazah je,senang nak dapat jawatan.Boleh kongsi cerita..Ustazah pun kongsi cerita sekali.Tapi yang dekat belakang tak dapat dengar.Dapat main handphone..tengok gambar..


Nanti malam ni bacalah entri baru.Satu lagi.Fasal guru-guru lah..Nak cakap apa lagi.Dahlah.Nak mandi.Nanti nak pergi sekolah kebangsaan pulak.Ok bye.


-wassalam-

Sunday, January 9, 2011

Blogku,...kini berwajah baru!

Cantik tak blog ni punya new look? Kalau tak suka, cakap je.hehehe...Sebenarnya background ni breaking dawn punya..ha..kalau nak cari, cari dekat sini: www.thecutestblogontheblock.com.Carilah dekat mana-mana..untuk sesiapa yang nak je..okay?

Saturday, January 8, 2011

Twilight

Ok, kepada peminat Twilight, jangan lupa tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn, November ni,okay?? ~Iklan~ Pasal cerita tu pulak, Bella Swan khawin dengan Edward...lepastu dia mengandung,tapi satu masalah datang...muahahaha...cehh.kalau nak tahu apa jadi, tegoklah cerita tu.Kayy?? And bawah ni ada gambar-gambar dia.




>> Suka tak, suka tak, suka tak??

Huh...lambat lagilah nak keluar cerita ni...November pulak tu! Dah lah Twilight Eclipse pun tak tengok lagi.>> Takpe..nanti beli jelah cd nye..Yang lain pulak, dah tengok banyak kali dah.Agaknya bila Eclipse nak masuk tv? Harap- harap masuk cepat.Nanti tak payah tunggu-tunggu atau beli lagi.

P/S: Lama nya tak update blog..!!

Tuesday, January 4, 2011

Sekolah dah bermula..T_T

Hai, sekolah dah pun bermula..(lamanya tak update blog!) heheh...takpelah, kan sekolah.Macam mana nak update blog.Kan?Betul tak?Jangan marah..dunia ni mest ada: Live,laugh,love.Takkan tak tahu? Okelah, cakap pasal sekolah, sekarang ni pulak ditambah 3 lagi matapelajaran baru iaitu Sivik,Kemahiran hidup dan Kajian Tempatan.Huh..dah lembik semula..yelah, kan lama dah cuti.Penatla..


Nak tidur pun tak senang.Kena bangun awal pagi lagi.Kena pergi sekolah agama.Duhh....Lagilah penat macam ni! Ayoyo...dahpun sekarang dah tak boleh melekat lagi dengan laptop.Sebab orang kata kena bahagikan masa...Kenapa??Dah darjah empat memang macam tu..nak buat macam mana? Tapi benda yang best pasal sekolah dan yang tak best pasal sekolah ialah:


Yang best pasal sekolah:
1. Semua cikgu tak garang.
2. Dapat jumpa Amalin semula
3. Masuk orkestra
4. Interview untuk calon pengawas pusat sumber (that's me!)
5. Masuk orkestra tu boleh menyebabkan 'selalu lambat masuk kelas atau tak masuk kelas langsung.Lagi satu, kalau buat persembahan, boleh suka hati balik ke taknak.(horey!)


Yang tak best pasal sekolah:
1. Nanti banyak kerja
2. Amalin kelas lain
3. Sama kelas dengan Adeeba


Tu je..hah, dahpun disuruh 'tak boleh melekat dengan laptop selalu masa darjah empat.'So, dah habislah cerita hari ini...


-wassalam-








Sunday, January 2, 2011

Tajuk blog baru.

Tahu kenapa tukar tajuk blog? Sebab itu tajuk yang ditiru.Oleh Wahid.Okay.

-wassalam-

Happy New Year!

Happy New Year everyone! Selamat Tahun Baru! Moga 2011 lebih baik dari 2010! Lets start with a  beginning of a happy 2011! Cheers everybody!

Semalam me and my cousins tengok fireworks dekat balcony atas sekali.Sungguh cantik!Warna-warni.Macam bunga pelabagai warna.Tak tahu apa nak cakap.Tak cukup kalau nak kata cantik.
So apa-apapun, Hello 2011! Nice to meet you.Hope you will be better than 2010.  =) 


The thing about school next year is I'm having an Interview! NOOO..Esok dah mula sekolah balik.Wahid pulak kena pakai baju purple.Tahu je nak kena pakai baju purple,"Yayay! esok pakai baju purple!"kekeke....

             Achu Sara>> How's the baby?? Girl right?


 Bawah ni hadiah new year untuk semua orang..









Yeaah..Happy New Year everybody! =D


-wassalam-