Tuesday, January 4, 2011

Sekolah dah bermula..T_T

Hai, sekolah dah pun bermula..(lamanya tak update blog!) heheh...takpelah, kan sekolah.Macam mana nak update blog.Kan?Betul tak?Jangan marah..dunia ni mest ada: Live,laugh,love.Takkan tak tahu? Okelah, cakap pasal sekolah, sekarang ni pulak ditambah 3 lagi matapelajaran baru iaitu Sivik,Kemahiran hidup dan Kajian Tempatan.Huh..dah lembik semula..yelah, kan lama dah cuti.Penatla..


Nak tidur pun tak senang.Kena bangun awal pagi lagi.Kena pergi sekolah agama.Duhh....Lagilah penat macam ni! Ayoyo...dahpun sekarang dah tak boleh melekat lagi dengan laptop.Sebab orang kata kena bahagikan masa...Kenapa??Dah darjah empat memang macam tu..nak buat macam mana? Tapi benda yang best pasal sekolah dan yang tak best pasal sekolah ialah:


Yang best pasal sekolah:
1. Semua cikgu tak garang.
2. Dapat jumpa Amalin semula
3. Masuk orkestra
4. Interview untuk calon pengawas pusat sumber (that's me!)
5. Masuk orkestra tu boleh menyebabkan 'selalu lambat masuk kelas atau tak masuk kelas langsung.Lagi satu, kalau buat persembahan, boleh suka hati balik ke taknak.(horey!)


Yang tak best pasal sekolah:
1. Nanti banyak kerja
2. Amalin kelas lain
3. Sama kelas dengan Adeeba


Tu je..hah, dahpun disuruh 'tak boleh melekat dengan laptop selalu masa darjah empat.'So, dah habislah cerita hari ini...


-wassalam-








No comments:

Post a Comment

Jangan segan-segan! Komenlah banyak-banyak! Mari komen ramai-ramai! Lagi ramai komen, lagi bagus!